“Apa hal PPBM mahu minta jawatan TPM?”

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Apa hal PPBM mahu jawatan TPM



 

“Apa hal PPBM mahu minta jawatan TPM?”, itu reaksi spontan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai tuntutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Maslan menjelaskan PPBM sudah ada 2 Menteri Kanan, Umno ada seorang Menteri Kanan manakala GPS seorang Menteri Kanan.



Beliau juga menyatakan tuntutan tersebut adalah tidak wajar dan Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif dalam melantik TPM.

Ditanya berkaitan surat perjanjian antara Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri dengan Tan Sri Muhyiddin, Ahmad Maslan menjelaskan perjanjian tersebut perlu dilihat dari 2 sudut.

Setiausaha Agung Umno juga mengulas mengenai kemungkinan ROS menolak pindaan Perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan Umno semasa EGM Umno 2022.



Ahmad Maslan

Beliau menyatakan semua jawatan dalam kepimpinan tertinggi Umno bukanlah sekadar ‘caretaker’ seperti didakwa sesetengah pihak.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan juga menyatakan Ismail Sabri mengakui beliau akan merujuk 3 pihak dalam Umno dan BN  bagi menentukan tarikh PRU15.

UMNO anjur Korban Perdana di WTC



Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program Korban Perdana anjuran UMNO di bangunan WTC KL pagi tadi.

Annuar Musa bukan Presiden Umno, perlu hormati institusi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button