Kecoh di Parlimen, Kota Belud digantung 2 hari
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Ahli Parlimen Kota Belud, Yb Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN) digantung dari sidang Dewan Rakyat selama 2 hari selepas berlaku kekecohan.
Isnaraissah meminta laluan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk mengemukakan isu berkaitan Sabah, namun tidak diendahkan.
Speaker kemudian memberi amaran kepada Kota Belud namun tidak dipedulikan. Akhirnya, Kota Belud diarahkan keluar Dewan dan digantung.