Beranikah PH janjikan bantuan RM5 ribu untuk Mahasiswa?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Beranikah PH janjikan bantuan RM5,000 untuk Mahasiswa?



 

Menjelang PRU15, beranikah Pakatan Harapan (PH) menjanjikan skim bantuan sebanyak RM5,000 kepada mahasiswa sebagai satu usaha kearah pendidikan percuma?

Pada PRU14 lepas, mahasiswa memainkan peranan penting untuk Pakatan Harapan dalam usaha mereka menjatuhkan Barisan Nasional. Dengan pelbagai janji yang ditaburkan kepada golongan terpelajar ini, mereka keliru antara realiti dan fantasi.

Beranikah PH janjikan bantuan RM5 ribu untuk Mahasiswa?



Antara janji paling popular yang dibuat PH ketika itu ialah menangguhkan bayaran balik PTPTN dan memansuhkan senarai hitam terhadap peminjam serta peluang sejuta pekerjaan dan pendidikan percuma.

Sudah pasti sebagai golongan pelajar, penangguhan bayaran balik PTPTN merupakan ‘durian runtuh’, manakala pemansuhan senarai hitam pula ibarat ‘hadiah abad ini’ buat mereka selain pekerjaan yang sedia menanti mereka sebaik habis pengajian.

Beranikah PH janjikan bantuan RM5 ribu untuk Mahasiswa?

Janji pendidikan percuma sangat menarik perhatian golongan mahasiswa dan ini antara penyebab mengapa mereka meilih PH pada PRU14.



Namun segalanya ibarat ‘mimpi siang’ apabila tiada satupun manifesto yang dijanjikan kepada mahasiswa dipenuhi Pakatan Harapan. Sebaliknya pelbagai alasan diberikan kepada mereka setiap kali bertanya mengenai manifesto tersebut.

Begitu juga dengan janji sejuta peluang pekerjaan yang turut disenaraikan dalam manifesto PH. Segalanya tiada kesudahan apabila alasan demi alasan diwujudkan hanya untuk mengaburi mata golongan mahasiswa.

Mudah-mudahan menjelang PRU15, para mahasiswa sedar dan meneliti segala janji yang ditaburkan kelak.

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button