9 terperangkap, lombong arang batu runtuh

BANDARAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya sembilan pelombong dikhuatiri terperangkap selepas lombong arang batu di Coahuila utara Mexico runtuh, lapor Xinhua, memetik Presiden Andres Manuel Lopez Obrador semalam.

“Runtuhan lombong arang batu di bandar Sabinas mungkin disebabkan banjir, hingga mengakibatkan pelombong terperangkap.

“Kami berharap dapat menjumpai mereka dalam keadaan selamat,” ciap Lopez Obrador di Twitter.



Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi berkenaan dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan.

– BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading