Bonnie kini juara Sukan Komanwel

BIRMINGHAM: Seperti diramalkan, juara dunia, Bonnie Bunyau Gustin memenangi pingat emas acara powerlifting kategori lightweight pada Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini.

Kejayaannya itu sekali gus menambah pingat emas negara kepada empat, hanya kurang dua daripada enam yang disasarkan kontinjen negara.

Ia juga menambah koleksi pingat kejuaraan Bonnie yang sebelum ini bergelar juara dunia sebanyak dua kali iaitu 2019 dan 2021.



Sebelum ini dia juga adalah juara powelifting pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Pada saingan final sebentar tadi, Bonnie turut mencipta rekod temasya apabila mengumpulkan 154.6 mata selepas melakukan angkatan 210 kilogram (kg) pada sesi pertama, 216kg (kedua) dan 220kg (ketiga).

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, England menerusi Mark Swan yang mengumpulkan 147.6 mata dan gangsa milik Innocent Nnmandi (145.5 mata)

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading