Sanchez tinggalkan Inter

MILAN: Alexis Sanchez bukan lagi pemain Inter Milan selepas kelab Serie A itu mengumumkan hari ini bahawa perjanjian sudah dicapai bagi menamatkan kontrak penyerang Chile itu.

Dalam satu kenyataan, Inter berkata mereka “mencapai persetujuan bagi menamatkan kontrak” Sanchez yang membuka pintu untuk potensi perpindahan ke Marseille.

Menurut media Itali, Inter akan membayar Sanchez 5 juta euro (RM22.74 juta) bagi menamatkan kontraknya di San Siro.



Sebagai balasan, Inter dapat menyelamatkan 7 juta euro (RM31.84 juta) gaji Sanchez, antara paling tinggi di kelab ketika mereka cuba mengurangkan perbelanjaan.

Pemain berusia 33 tahun itu yang ditandatangani Inter pada 2019, tidak pernah mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan tidak menjadi sebahagian daripada perancangan Simone Inzaghi selepas kepulangan Romelu Lukaku musim panas ini.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading