Sterling sudah lupakan ejekan penyokong Chelsea
LONDON: Raheem Sterling tiada masalah bersama-sama penyokong Chelsea yang hanya beberapa tahun lalu mengejeknya dengan kata-kata berunsur perkauman.
“Itu sesuatu yang saya boleh lakukan sekarang, ketika ini atau esok. Itu bukan isu,” kata Sterling. “Saya tiada perasaan benci atau marah kepada individu.”
Tidak mengira sama ada penyokong itu digantung seumur hidup kerana penghinaan berlaku pada Disember 2018 ketika Sterling masih bergelar pemain Manchester City, ia tidak pernah menghalangnya menyertai Chelsea musim ini.
“Ia tidak bermain di fikiran saya,” katanya.
Ia sama sekali tidak akan menjadi penghalang penampilan pertamanya ketika menentang Tottenham di Stamford Bridge sebagai pemain Chelsea.
“Saya tidak boleh biarkan perlakuan seorang invididu mengubah persepsi saya terhadap kelab,” katanya.
“Fokus utama saya ialah menjauhi perkara perkauman seperti itu dan lebih fokus kepada membantu remaja, seperti ketika saya membesar.
“Dan memberikan mereka gambaran untuk masa depan serta apa yang boleh mereka lakukan jika dapat memberikan masa untuk melihat diri sendiri.”
AGENSI