Kertas siasatan Nazlan ; siapa tipu siapa?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Semalam negara dikejutkan dengan kenyataan Peguam Negara berkaitan kertas siasatan Mohd Nazlan Ghazali yang telah disiapkan SPRM.
Jika benar dakwaan Peguam Negara, persoalan yang timbul, siapa tipu siapa?
KENYATAAN TAN SRI IDRUS HARUN – KERTAS SIASATAN NAZLAN
Ini mengundang spekulasi netizen kerana sebelum ini SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah menyatakan kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 22 Mei 2022.
Bagaimana ini boleh terjadi? Adakah semua yang berlaku ini satu konspirasi untuk menutup lebih banyak kertas siasatan terutama membabitkan Zeti dan Tawfiq Ayman serta beberapa nama yang terlibat dalam skandal SRC?
Mungkinkah akan ada jawapan untuk kertas siasatan Zeti dan Tawfiq yang lebih awal telah dihantar oleh pihak penyiasat ke Pejabat Peguam Negara?
Pihak SPRM dan Pejabat Peguam Negara perlu tampil bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku bagi mengelakkan kekeliruan dalam isu ini.
Jawapan munasabah tanpa berselindung perlu diberikan kepada rakyat kerana ini membabitkan kes berprofil tinggi.
Dalam hal ini, pasti akan ada tuding menuding berlaku dan akan menjejaskan kredibiliti salah satu daripada keduanya.
Sikap prejudis rakyat terhadap intergriti keduanya tidak dapat lagi dielakkan sekiranya isu ini terus tergantung tanpa jawapan menyakinkan.
Sampai bila hanya siasatan terhadap Tawfiq dan Zeti?