Muhyiddin lawan Mukhriz, siapa bakal PM?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Muhyiddin lawan Mukhriz, siapa bakal PM?



 

Antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Mukhriz Mahathir, siapa bakal jadi PM?

Muhyiddin, Presiden PPBM dan Mukhriz, Presiden PEJUANG dikatakan berpeluang untuk dilantik sebagai PM Ke-10 selepas PRU15.

Selaku bekas Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz mempunyai kelebihan mengetahui selok belok cara kempen PPBM dan tahu apa kelemahan bekas partinya. Pengalaman ketika bersama dalam Pakatan Harapan juga akan digunakan Mukhriz bagi meraih lebih banyak sokongan untuknya.



Kini dengan platform Gerakan Tanah Air (GTA), Mukhriz mempunyai lebih banyak akses untuk meraih sokongan Melayu berbanding PPBM. Dengan ‘menunggang’ pemimpin ‘kuda tua’ dan tidak popular dalam GTA, Mukhriz mempunyai keyakinan luarbiasa untuk menyingkirkan Muhyiddin dari saingan.

Apatah lagi dengan pengaruh Tun Mahathir, laluan Mukhriz lebih cerah untuk dilantik sebagai PM sekiranya Muhyiddin menjadi seteru dalam perebutan jawatan.

Perlu diingatkan, pengaruh Mahathir dalam PPBM tidak pernah padam, malah ramai yang mengharapkan agar Mahathir kembali menerajui PPBM.

Bagi Muhyiddin pula, peluang baginya untuk menyaingi rekod Mahathir menjadi PM buat kali kedua cerah selepas Najib dipenjarakan.



Mungkin ada yang terlepas pandang, kekuatan Umno bukan satu perkara mudah untuk diketepikan apatah lagi sekiranya Najib masih kekal konsisten membantu kemaraan Umno pada PRU15.

PERJANJIAN MUHYIDDIN-ISMAIL SABRI PERLU DIDEDAHKAN BAGI JAMIN SURVIVAL PPBM & PN

Muhyiddin yang kini dalam dilemma kerana masih gagal memaksa PM akur dengan perjanjian untuk memberi jawatan TPM kepada PPBM, sedar sesuatu perlu dilakukan bagi menjamin survival PPBM dan Perikatan Nasional di masa hadapan.

Bagi mencapai matlamat, Muhyiddin hanya perlu menyingkirkan saingan Mukhriz dari membayangi dirinya.

Untuk menyingkirkan Mukhriz, Muhyiddin kena memastikan Mahathir tidak membayangi Mukhriz lagi. Untuk perkara tersebut berlaku, PPBM perlu tampil lebih agresif memenangi hati pengundi Melayu dan bukan Melayu secara konsisten.



Beliau sedar, PPBM banyak kehilangan sokongan terutama dari DAP dan PKR selepas tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

Majoriti undi yang PPBM terima pada PRU14 datang dari penyokong DAP dan PKR yang mahu membuat perubahan namun kini mereka sudah hilang kepercayaan selepas Muhyiddin memutuskan untuk tidak bersama PH.

Mahathir yang dilihat sebagai ‘savior’ kepada pengundi majmuk berpotensi untuk sekali lagi mencipta kejutan namun untuk kembali sebagai PM agak sukar.

Mungkin bagi Mahathir sudah tiba masanya legasi beliau mengambil alih tempatnya sebagaimana Najib mewarisi legasi Tun Razak.



Jika rakyat diberikan pilihan awal, siapakah antara dua figura ini menjadi pilihan mereka?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button