Mesyuarat MKT UMNO jadi tumpuan
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Mesyuarat MKT UMNO malam ini menjadi tumpuan seluruh negara selepas sesi taklimat oleh Presiden diadakan petang tadi di Dewan Merdeka.
Suasana hangat Dewan Merdeka menjadi momentum yang cukup menggelisahkan kebanyakan parti politik kerana menjangkakan ada usul tergempar dilakukan MKT malam ini.
Dalam sesi taklimat petang tadi, Ketua Bahagian Pengerang, Dato Seri Azalina Othman menghangatkan suasana dengan kritikan bernada sinis.
Difahamkan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO sudah tiba untuk menghadiri mesyuarat MKT.
Para wartawan sudah sedia menunggu di lobi Menara Dato Onn sejak petang tadi.
Banyak spekulasi berlegar, antaranya ada gesaan untuk Umno menarik sokongan terhadap kerajaan namun tidak diketahui samada benar atau tidak perkara tersebut.
Segalanya hanya akan terjawap selepas selesai mesyuarat MKT Umno malam ini.