Kapal Perang AS Melewati Jalan Air yang Memisahkan China dan Taiwan

U.S. Navy’s guided-missile destroyer USS McCampbell (DDG85) arrives at Yokosuka naval base, south of Tokyo, Monday July 9, 2007. McCampbell replaces USS Gary (FFG 51) as part of a long-planned routine upgrade of the forward deployed naval forces operating out of Japan. (AP Photo/Koji Sasahara)

Sebuah kapal perang Angkatan Laut A.S. berlayar melalui Selat Taiwan yang sensitif pada hari Rabu.

Armada Pasifik A.S. menyiarkan pesanan di laman Facebooknya dengan gambar kapal pemusnah peluru berpandu USS McCampbell yang melintasi jalan air sempit yang memisahkan China dari Taiwan.

Armada itu mengatakan USS McCampbell berlayar melalui Selat sebagai “bahagian operasi yang sedang berlangsung di Indo-Pasifik.”

Kementerian Pertahanan Taiwan mengatakan kapal pemusnah itu berlayar ke selatan dari pesisir baratnya semasa misi rutin tetapi tidak memberikan perincian lain.



Ketegangan semakin meruncing antara China dan Taiwan, sebuah pulau yang diperintah sendiri. Beijing mengangap Taiwan sebagai wilayah yang berada di bawah kawalannya.

China telah melakukan banyak latihan laut dan udara di dekat Taiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan marah atas latihan tentera laut A.S. berhampiran pulau itu dan sokongan kuat pentadbiran Trump untuk Taipei

diterjemah oleh David Pragasam

[email protected]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button