Jersi Jordan dijual dengan rekod RM45.8 juta

NEW YORK: Sehelai jersi dipakai legenda bola keranjang, Michael Jordan ketika Game 1 pada Final NBA 1998 iaitu kejayaan terakhir buat dirinya, dijual dengan rekod AS$10.1 juta (RM45.80 juta) hari ini, kata Sotheby.

Jersi ikonik merah Chicago Bulls bersama nombor 23 Jordan, mencatat harga tertinggi dalama mana-mana barangan peringatan sukan, kata syarikat lelongan itu selain rekod baharu buat jualan jersi bola keranjang.

Jumlah diterima itu adalah dua kali ganda jangkaan Sotheby dengan jersi berkenaan keseluruhannya mendapat tawaran daripada 20 pembeli.



Jersi terbabit menewaskan rekod dicipta pada Mei untuk barangan sukan termahal pernah dijual iaitu jersi ‘Tangan Tuhan’ milik Diego Maradona.

Rekod jersi bola keranjang termahal pernah dipakai dalam perlawanan sebelum ini menjadi milik Kobe Bryant, yang memakainya pada 1996-97.

Jersi NBA itu dijual pada harga AS$3.7 juta (RM16.78 juta) kata Sotheby.

– AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button