Lelaki maut motosikal dirempuh van ketika membelok

HULU SELANGOR: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah van di simpang tiga Kampung Gurney, dekat Ulu Yam Bharu, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika mangsa, 55 dalam perjalanan dari arah Kampung Gurney menghala Desa Kelisa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata ketika di lokasi kejadian motosikal terbabit cuba membelok ke kanan sebelum dirempuh van dipandu lelaki warga Myanmar berusia 38 tahun.



“Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading