Empat mangsa maut akibat taufan Nanmadol

TOKYO, Jepun – Empat mangsa dilaporkan maut, manakala seorang lagi masih hilang selepas Taufan Nanmadol melanda Jepun hujung minggu lalu, kata jurucakap kerajaan negara itu, hari ini.

Ribut itu mendarat di bandar barat daya Kagoshima pada malam Ahad, dan menyebabkan hujan lebat merentasi wilayah Kyushu sebelum bergerak di sepanjang pantai barat.

Ia turut menyebabkan sekurang-kurangnya 114 lagi penduduk cedera dengan 14 daripadanya parah.



Menjelang pagi ini, ribut itu bergerak perlahan menjadi angin puting beliung ekstratropika apabila ia menyeberangi pantai timur laut dan menuju ke laut.

Ribut itu bukan sahaja menumbangkan pokok, malah turut memecahkan tingkap dan menyebabkan taburan hujan selama sebulan diperoleh dalam tempoh 24 jam di bahagian wilayah Miyazaki, di mana kedua-dua kematian disahkan.

Jurucakap kerajaan, Hirozaku Matsuno, berkata, pihak berkuasa kini masih mengaktifkan operasi mencari seorang mangsa yang hilang.

Awal hari ini, kira-kira 140,000 rumah masih terputus bekalan elektrik di seluruh negara, kebanyakannya di Kyushu.



Jepun kini berada dalam musim taufan dan berdepan sekitar 20 ribut seperti itu setiap tahun.

Menurut saintis, perubahan iklim meningkatkan tahap ribut dan menyebabkan cuaca ekstrem seperti gelombang haba, kemarau dan kekerapan banjir kilat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button