Tiga beradik bernasib baik tak rentung dalam kebakaran



SABAK BERNAM – Tiga beradik yang sedang menonton televisyen nyaris rentung apabila kediaman mereka di Jalan Haji Sulaiman, Batu 38 Baroh di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian pukul 8.40 malam itu berlaku ketika wanita berusia 24 tahun dan dua adiknya berusia empat dan enam tahun berada di tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut. Mereka bagaimanapun terselamat selepas berjaya keluar dari rumah berstruktur kayu berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.49 malam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api sedang marak memusnahkan ruang tamu rumah berkenaan dan berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya pukul 9.08 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Tambah Norazam, kebakaran berkenaan melibatkan 80 peratus kemusnahan dan punca sebenar kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

© Utusan Online 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker