Las Vegas gelanggang terbaharu saingan F1 2023

PARIS: Jadual saingan Formula Satu (F1) buat pertama kali memasukkan Las Vegas pada kalendar 2023 yang diumumkan hari ini seterusnya menjadikan keseluruhan rekod 24 perlumbaan.

Musim perlumbaan akan bermula di Bahrain pada 5 Mac dan berakhir di Abu Dhabi pada 26 November.

Las Vegas menjadi lokasi berikutnya ketika F1 menambah perlumbaan ketiga di Amerika Syarikat (AS) selepas Miami juga berada dalam senarai musim ini.



Perlumbaan di Las Vegas tertakluk kepada `homologation’, atau pengesahan rasmi terhadap litar itu oleh FIA yang juga badan induk sukan berkenaan.

Grand Prix (GP) China, kali terakhir dilangsungkan pada 2019, akan kembali sama seperti GP Qatar di Losail, yang membuat kemunculan pertama pada 2021 tetapi tidak berlangsung tahun ini.

GP Perancis, pertama kali berlangsung pada 1906, menjadi GP tertua namun tidak disenaraikan.



Sebelum ini pada 2009 dan 2017, ia juga digugurkan sebeum kembali ke Le Castellet.

GP Sochi tidak disenaraikan tahun ini selepas pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

Dua perlumbaan yang berdepan ancaman sebelum ini — GP Belgium dan Monaco – turut kekal.

“Formula 1 sentiasa mendapat tawaran untuk menganjurkan perlumbaan dan adalah penting bagi mendapatkan keseimbangan untuk keseluruhan sukan,” kata Presiden F1, Stefano Domenicali.



Pembahagian perlumbaan juga bertukar dengan sembilan perlumbaan di Eropah, lapan di Asia, empat di Amerika Utara manakala masing-masing satu di Amerika Selatan dan Australia.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button