Mangsa banjir di Perak meningkat

IPOH – Seramai 93 mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Klebang, pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta, berkata jumlah mangsa meningkat berbanding 55 orang daripada 21 keluarga dilaporkan malam tadi.

“Setakat jam 8 pagi, 38 lelaki, 40 wanita, sepuluh kanak-kanak dan lima bayi dipindahkan di PPS SK Sri Klebang.



“Laporan akan dikemaskini daripada semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, dua PPS dibuka di sini, susulan banjir kilat di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalam dan Kampung Ulu Chepor.

Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir.

© Berita Harian 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading