Demi projek mega, lelaki dihukum mati kerana enggan berpindah dari rumah

Demi projek mega, lelaki dihukum mati kerana enggan berpindah dari rumah

Demi projek mega, lelaki dihukum mati kerana enggan berpindah dari rumah

RIYADH: Tiga lelaki dari suku kaum Howeitat dihukum mati kerana enggan berpindah dari rumah mereka bagi memberi laluan kepada projek bandar mega bandar baharu Arab Saudi yang bernilai 450 bilion pound (RM2.3 trilion).

Menurut portal DailyMail, Shadli, Atallah dan Ibrahim al-Howeiti adalah ahli dari seluruh suku kaum yang diusir secara paksa untuk memberi laluan kepada pembinaan projek yang diberi nama Neom itu.



Menurut kumpulan hak asasi Alqst yang berpangkalan di United Kingdom (UK) Alqst, ketiga-tiga lelaki itu ditangkap pada tahun 2020 kerana menentang pengusiran di kawasan itu.

Mahkamah Jenayah Khas Arab Saudi dilaporkan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka pada 2 Oktober lalu.

Neom merupakan projek bandar ‘pintar’ meliputi kawasan seluas 16.09 kilometer persegi wilayah Tabuk berhampiran sempadan Jordan dan Mesir.

Arab Saudi kini giat melaksanakan pelbagai pembangunan bagi menarik kemasukan lebih banyak pelabur antarabangsa, sekali gus menjadikan negara ini sebagai hub utama ekonomi dunia.



Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “

Demi projek mega, lelaki dihukum mati kerana enggan berpindah dari rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “



 

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading