Raja Charles ditabal Mei tahun depan

Raja Charles ditabal Mei tahun depan

Raja Charles ditabal Mei tahun depan
RAJA Charles III

LONDON: Istiadat Pertabalan Raja Charles III akan diadakan pada 6 Mei depan, di di Westminster Abbey.

Menurut Istana Buckingham, Ratu Consort, Camilla akan turut ditabalkan dalam upacara bersejarah itu.

Portal berita BBC melaporkan, istiadat pertabalan tahun depan itu merupakan yang pertama selepas hampir 70 tahun pertabalan mendiang Ratu Elizabeth II pada Jun 1953.



Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata, istiadat pertabalan itu akan menggabungkan tradisi lama dan moden selain mencerminkan peranan Raja Charles di masa hadapan.

Raja Charles akan berusia 74 tahun ketika istiadat pertabalan berkenaan dan beliau akan menjadi raja tertua yang ditabalkan di Britain

Tarikh itu juga akan menjadi ulang tahun keempat cucunya Archie yang merupakan anak kepada Putera Harry dan Meghan Markle.

Ketua Biskop Canterbury mengendalikan istiadat pertabalan berkenaan di mana tradisi itu sudah berlanjutan sejak pertabalan diraja 1066.



Tempoh berkabung tamat, Ratu Elizabeth II disemadi hari ini

Raja Charles ditabal Mei tahun depan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar akan bertanding dikerusi Bandar Tun Razak?



 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button