Tempoh berkabung tamat, Ratu Elizabeth II disemadi hari ini

Tempoh berkabung tamat, Ratu Elizabeth II disemadi hari ini

Tempoh berkabung tamat, Ratu Elizabeth II disemadi hari ini

LONDON: Tarikh 19 September hari ini mencatatkan detik bersejarah buat seluruh penduduk United Kingdom (UK) dan dunia amnya.

Mendiang Ratu Elizabeth II akan disemadikan di dalam Bilik Kebal Diraja di Gereja St. George selepas tempoh 10 hari berkabung secara rasminya tamat.



Berikut adalah fakta penting yang akan berlaku hari ini.

PUKUL BERAPA DISEMADIKAN?

Upacara persemadian akan dilakukan pada pukul 11.00 pagi (waktu tempatan) hari ini (kira-kira pukul 6 petang waktu Malaysia).

Istiadat penghormatan terakhir akan berlangsung di Westminster Abbey di London yang merupakan gereja bersejarah pernah menabalkan Raja dan Ratu Britain.

Majlis itu dijangka berakhir sebelum waktu tengah hari dengan semua penduduk di seluruh negara diarahkan bertafakur dan senyap selama dua minit selepas itu.



BOLEH TONTON DI MANA?

Siaran langsung akan disiarkan oleh BBC Television dan disediakan dalam platform penstriman BBC iPlayer serta liputan dalam portal berita BBC dan BBC Radio sepanjang hari.

Rangkaian lain turut dipancarkan secara langsung serta tayangan skrin gergasi di tempat awam dan seluruh kawasan di UK.

Acara persemadian akan disiarkan di Hyde Park, London termasuk beberapa lokasi lain di Sheffield, Birmingham, Carlisle, Edinburgh, Coleraine, Bedford, Bradford, Coventry, Exeter, Leeds, Manchester dan Newcastle.

Sebanyak 125 pawagam di seluruh UK juga akan menyiarkan siaran secara langsung.



APA MAKSUD LYING-IN-STATE?

Bermaksud acara rasmi yang meletakkan keranda mendiang di dalam Westminster Hall sebelum disemadikan.

Istiadat itu berlaku selepas kematian raja, ratu atau Queen Consort dan melibatkan beberapa bekas perdana menteri.

Keranda mendiang ratu diletakkan sejak Rabu lalu di Westminster Hall sehingga pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Ratusan ribu pengunjung sanggup beratur selama berjam-jam bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.



APA BERLAKU SEMASA VIGIL?

Ritual memberikan penghormatan terakhir di sekeliling keranda mendiang disebut sebagai vigil.

Semasa keranda mendiang diletakkan di tengah-tengah dewan, setiap penjuru keranda dikawal oleh beberapa tentera.

Tentera yang bertugas adalah dari unit Sovereign’s Bodyguard iaitu Household Division dan Yeoman Warders dari Tower of London.

Raja Charles dan adindanya iaitu Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward berdiri memberikan penghormatan pada Jumaat.



Kerabat diraja itu juga akan berdiri sekali lagi pada petang ini di St. Giles Cathedral di Edinburgh.

SIAPA PAKAI UNIFORM TENTERA?

Istana Buckingham memaklumkan hanya keluarga kerabat diraja yang memegang jawatan tentera dibenarkan memakai uniform di lima istiadat penghormatan terhadap mendiang ratu.

Acara itu melibatkan:

-Upacara kesyukuran di St. Giles Cathedral, Edinburgh.



-Perarakan ke Westminster Hall serta bacaan doa dan tafakur.

-Bertafakur dan berdiri tegak (vigil) di Westminster Hall

-Upacara persemadian negeri di Westminster Abbey

-Persemadian di St. George’s Chapel Windsor

Ini bermakna, hanya Raja Charles, Prince of Wales, Permaisuri Diraja dan Earl of Wessex yang akan menyarung seragam tentera.

Putera Andrew dan Duke of Sussex tidak akan memakai uniform tentera dalam semua acara.

Bagaimanapun, kebenaran khas diberikan kepada Putera Andrew untuk memakai uniform tentera semasa acara vigil di Westminster Hall.

SIAPA YANG HADIR?

Kira-kira 500 pemimpin dari seluruh dunia akan menghadiri istiadat penghormatan terakhir mendiang bersama keluarga kerabat diraja di Westminster Abbey.

ADAKAH DIKIRA SEBAGAI CUTI PERISTIWA?

Raja Charles III sudah meluluskan cuti peristiwa sempena upacara persemadian hari ini kerana mahu memberikan peluang kepada seluruh rakyat Britain memberikan penghormatan terakhir.

ADAKAH KEDAI DAN SEKOLAH DITUTUP?

Kebanyakan premis perniagaan di seluruh UK akan ditutup walaupun pihak kerajaan hanya memberikan saranan kepada pihak majikan sekiranya staf ingin memohon cuti.

Semua sekolah juga diarah tutup hari ini.

Proses yang akan berlaku di Britain selepas Ratu Elizabeth II mangkat

Tempoh berkabung tamat, Ratu Elizabeth II disemadi hari ini

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button