Bubar Parlimen – siapa sebenarnya bersilat pulut?

Samapi bila rakyat perlu hadap 'drama'

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Bubar Parlimen - siapa sebenarnya bersilat pulut?

 



 

Bicara bubar parlimen telah bermain terlalu lama sehingga tidak lagi dilihat penting untuk kestabilan ekonomi dan politik negara. Sebenarnya siapa yang ‘bersilat pulut’ setiap kali isu bubar parlimen dihangatkan?

Masih ingat ‘Sheraton Move’? Gerakan dimulakan dengan konflik dalaman di PPBM menyebabkan Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan. Secara tiba-tiba Muhyiddin bersama angkatan ahli Parlimen PKR mengisytiharkan mereka keluar dari Pakatan Harapan.

Bagi membentuk kerajaan, gerombolan yang diketuai Muhyiddin mencari ‘nyawa’ dari Umno. Meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, Umno bersetuju bersama menjadi sebahagian dari kerajaan.



Bubar Parlimen - siapa sebenarnya bersilat pulut?

Biarpun ketika itu, apa yang Umno perjuangkan ialah untuk memulangkan kembali mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan, keadaan pandemik tidak mengizinkan untuk berbuat demikian.

Selepas 18 bulan mentadbir, Muhyiddin telah GAGAL membawa negara keluar dari pelbagai kemelut. Ini telah membuka jalan sekali lagi pertukaran kerajaan dan kali ini, Umno diberikan mandat untuk mengetuai kerajaan.

RAKYAT LIHAT PERIKATAN NASIONAL LEBIH MENGUASAI KERAJAAN BERBANDING BN/UMNO

 



Bubar Parlimen - siapa sebenarnya bersilat pulut?

Bagaimanapun, penguasaan PN dilihat lebih menguasai semua dasar kerajaan. PM hanya perlu akur dan mengikut sahaja ‘arahan’ dan bertindak selepas PN berpuashati dengan penjelasan untuk melakukan apa sahaja demi rakyat.

Inilah antara penyebab rakyat melihat kerajaan Keluarga Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang tidak stabil.

Era pandemik kian berlalu dengan keberkesanan pemberian vaksin serta peraturan pencegahan penularan dipatuhi rakyat menyebabkan fasa endemik berjaya dicapai dengan cepat.



Oleh demikian, sudah tiba masanya rakyat diberikan kembali ‘kuasa’ bagi memilih sebuah kerajaan yang lebih menyakinkan untuk membangunkan negara dan mengembalikan keyakinan pelabur luar.

Pilihanraya Umum Ke-15 dilihat sebagai jalan terbaik untuk membina semula sebuah negara yang telah terkesan kerana kepincangan parti politik yang tidak berpengalaman mentadbir negara.

AMARAN PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL

Tetapi, secara tiba-tiba, semua dari mereka yang dahulunya mahu mandat dipulangkan kepada rakyat bertukar nada. Bagi mereka, sekarang bukan masa sesuai untuk sebarang pembubaran dilakukan.

Menggunakan alasan covid masih berleluasa, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional enggan Perdana Menteri membubarkan parlimen. Lupakah mereka PRN Melaka dan PRN Johor dilakukan ketika covid masih dalam fasa pandemik?



Justeru itu, apa alasan yang mampu dibentangkan kepada rakyat yang semakin ‘muak’ dengan permainan politik PH & PN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button