BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Pembangkang Kluster Mahkamah Mula Menggelabah

BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Pembangkang Kluster Mahkamah Mula Menggelabah

Timb Pengerusi BN yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya BN, DSU Mohamad Hasan melahirkan keyakinan kesiapsiagaan jentera BN di seluruh negara bagi menghadapi PRU 15.

DSU mohamad Hasan @ Tok Mat menyatakan demikian dalam ucapan beliau semasa pelancaran jentera pilihanraya Pemuda BN.



Menurut Tok Mat, keyakinan beliau adalah berdasarkan kepada lawatan kerja yang beliau lakukan di 191 bahagian UMNO seluruh negara.

Di peringkat akar umbi UMNO dan BN, desakan untuk mengadakan bubarkan parlimen seperti yang dizahirkan di Stadium Titiwangsa dalam majlis tersebut bukanlah kali pertama.

Malah pemuda BN sanggup meredah banjir untuk membantu dan memasti keselamatan pengundi sekiranya kawasan mereka dilanda banjir semasa PRU 15.



Selepas menjelajah ke seluruh negara, Tok Mat mempunyai keyakinan yang sangat tinggi, BN akan mencapai kejayaan bergaya dalam PRU 15.

Ada Pihak Sudah Tidak Lena Tidur

Namun, di sebalik keyakinan pemimpin utama BN dan semangat jitu pemuda BN, khabarnya ada pihak yang kini dalam keresahan.

Di dalam BN pihak yang merasakan diri mereka tidak akan dicalonkan semula sudah pasti tidak senang dengan perkembangan ini.

Mereka tahu, mereka bukan sahaja tidak akan dicalonkan semula di dalam PRU 15, malah dalam pemilihan UMNO juga mereka akan ditolak oleh akar umbi.



Perkembangan terbaru ini ibarat mimpi ngeri yang bakal menjadi realiti buat mereka.

Manakala pihak yang berada di luar BN pula, pihak yang merasakan diri mereka sebagai calon kluster mahkamah sudah mula merasakan bahangnya.

Sekiranya BN menjadi parti dominan, antara beberapa isu yang bakal menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja adalah:

  1. Isu Pulau Batu Puteh
  2. Isu kematian Allahyarham Adib Adam
  3. Isu pendedahan campurtangan politik dalam Jabatan Peguam Negara seperti yang didedahkan oleh Tommy Thomas
  4. Dan isu yang bakal menjadi skandal terbesar negara ialah perbelanjaan sebanyak RM600 bilion oleh Perikatan Nasional semasa darurat

Manakala kesemua 15 kes mahkamah yang telah digugurkan oleh Tommy Thomas di era Pakatan Harapan akan dibuka semula.



Inilah yang membuatkan pihak sama ada yang berada dalam BN, mahu pun luar BN sentiasa mencari alasan untuk menangguhkan PRU 15.

Mereka sedang cuba untuk ‘mendapatkan’ masa yang secukupnya supaya perancangan untuk memastikan mereka tidak didakwa dapat dijayakan sepenuhnya.

Namun, Ismail Sabri sudah memberikan komitmen akan membubarkan parlimen sebelum tahun 2023 menjelma.

Mimpi ngeri pihak-pihak tersebut dilihat semakin hampir menjadi realiti.



 

BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Pembangkang Kluster Mahkamah Mula Menggelabah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button