Aliff Syukri mengaku tidak bersalah tuduhan muat naik kandungan sumbang
SEPANG – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas empat pertuduhan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.
Aliff Syukri membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Ahmad Rizki kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh melalui hantaran di Instagram menggunakan akaun ‘aliffsyukriterlajaklaris’ didakwa secara sedar memuat naik empat video pendek menerusi lagu ‘Klepok Raya’ yang mengandungi kandungan sumbang.
Aliff Syukri didapati memuat naik empat video pendek berkenaan masing-masing pada 13, 15, 17 dan 21 April lalu.
Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) Akta 588 dan boleh dituduh mengikut Seksyen 233 AKM di bawah akta sama.
Seksyen 233 menetapkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya atau boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Fazril Sani Mohamed Fadzil.
Terdahulu, Fazril Sani memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang membawa keseluruhan RM20,000.
© Utusan Online