Nahas 2 rentung: Lori disyaki tukar lorong ke kiri ketika jalan sesak
Nahas 2 rentung: Lori disyaki tukar lorong ke kiri ketika jalan sesak
KULAI: Kemalangan menyebabkan dua individu rentung di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini malam tadi, disyaki berlaku apabila sebuah lori dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru menukar ke lorong kiri kerana kesesakan lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan berkenaan membabitkan membabitkan tiga kereta dan dua lori.
Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila lori Renault dari arah Ayer Hitam menghala ke Johor Bahru, melalui lokasi berkenaan.
“Lelaki 30 tahun pemandu lori memandu di lorong kiri kerana kesesakan jalan. Pada masa sama, Proton Preve yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar lori itu dari arah belakang.
“Kemudian Proton Wira dari arah sama cuba mengelak dan melanggar Proton Preve, lalu berpusing. Kenderaan keempat, sebuah kereta yang tidak dikenal pasti juga datang dari arah sama lalu melanggar Proton Wira.
“Selepas itu, lori Isuzu melanggar Proton Wira dan kenderaan keempat. Pelanggaran itu menyebabkan kebakaran dan ketika kejadian, keadaan jalan gelap dan tidak berlampu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Beng Yeow, akibat kemalangan itu, seorang penumpang Proton Wira maut terbakar di lokasi kejadian dan dalam kenderaan keempat juga terdapat seorang mangsa maut yang belum dikenal pasti identitinya.
“Kedua-dua mangsa parah di bahagian badan dan kepala kerana kebakaran serta meninggal dunia di tempat kemalangan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat, namun siasatan masih berjalan.
“Semua kenderaan terbabit akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Senai. Pihak berkuasa masih berusaha mengesan nombor casis dan nombor enjin kenderaan keempat,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM
Nahas 2 rentung: Lori disyaki tukar lorong ke kiri ketika jalan sesak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen
- Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?
- BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM