Mahathir Cuba Mencurahkan Minyak Ke Dalam Api Yang Hampir Padam
Mahathir Cuba Mencurahkan Minyak Ke Dalam Api Yang Hampir Padam
Dendam Dr Mahathir terhadap UMNO tidak akan pernah padam selagi beliau masih bernafas.
Mungkin kerana telah menguasai UMNO selama lebih dari 2 dekad telah menyebabkan Dr Mahathir merasakan bahawa UMNO adalah milik peribadi belliau.
Bagi Dr Mahathir, UMNO bukan milik 4.2 juta akar umbi UMNO yang bertaburan di seluruh negara.
Oleh kerana itu, semua 4.2 juta termasuk pemimpin dari akar umbi sehingga kepada kepimpinan tertinggi UMNO, WAJIB menurut kehendak dan perintah beliau.
Oleh kerana kepimpinan dan akar umbi UMNO yang ada sekarang enggan tunduk kepada arahan Dr Mahathir, maka bagi Dr Mahathir, UMNO secara keseluruhannya MESTI dihukum.
Terkini, kepimpinan tertinggi UMNO telah pun menunaikan janji untuk menampilkan mika-muka baharu yang lebih segar sebagai calon PRU 15.
Ini bukan kehendak segelintir kepimpinan tertinggi UMNO, tetapi ianya adalah kehendak majoriti 4.2 juta akar umbi UMNO.
Akar umbi UMNO, malah rakyat Malaysia sudah bosan dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang hanya mementingkan diri sendiri dan mengenepikan nasib rakyat.
Mereka mahukan barisan pemimpin baharu nyang tidak ada sebarang bebanan masalah yang boleh dijadikan alasan untuk mengugut.
Juga mereka mahukan muka baharu yang tidak besar kepala dan dengan sewenangnya menyanggah dan tidak menghormati suara akar umbi.
Demi untuk memenuhi kehendak dan desakan akar umbi UMNO serta rakyat marhaen, maka kepimpinan UMNO menggugurkan beberapa nama besar dari senarai calon PRU 15.
Biduk Berlalu, Kiambang Pasti Akan Bertaut Semula
Ketika mula-mula mendapat tahu nama digugurkan dari senarai calon, adalah perkara biasa pemimpin berkenaan dan penyokong tegar mereka untuk merasa tidak puas hati dan kecewa.
Tetapi bagi pemimpin dan pejuang sejati UMNO, kekecewaan mereka pasti akan berlalu pergi seiring dengan perjalanan masa.
Berikan mereka masa yang secukupnya untuk mereka memujuk hati mereka dan mengembalikan kewarasan mereka.
Apabila hati yang panas sudah sejuk kembali, hati yang terluka sudah dapat diubati,m pasti mereka akan menerima keputusan itu dengan berlapang dada.
Ibarat selepas biduk berlalu, pasti kiambang akan bertaut kembali.
Baca di sini:
https://my-tv.online/2022/11/02/selepas-biduk-berlalu-kiambang-pasti-akan-bertaut-kembali/
Ini terbukti, apabila beberapa nama besar yang digugurkan seperti Annuar Musa, Nazri Aziz, Tajuddin Rahman, Noh Omar dan Adham Baba sudah boleh menerimanya dengan hati terbuka.
Dr Mahathir Mahu Memecahbelahkan UMNO?
Tetapi Dr Mahathir dilihat seperti mahu mencurahkan minyak ke dalam api yang sudah hampir padam.
Dr Mahathir kononnya merasa sedih dengan pengguguran beberapa nama besar dalam senarai calon BN dalam PRU 15.
Beliau juga mendakwa kononnya, nama-nama besar tersebut sebagai bukan orang presiden dan sebab itu nama mereka digugurkan.
Baca di sini:
https://malaysiagazette.com/2022/11/02/mahathir-sedih-umno-gugur-orang-lama/
Dr Mahathir mesti sedar, bahawa sekarang ini beliau bukan lagi pemimpin UMNO.
Malah beliau sekarang ini adalah musuh yang mahu menguburkan UMNO.
Beliau tidak mempunyai kredit untuk bercakap mengenai parti UMNO.
Penulis melihat kenyataan Dr Mahathir adalah lebih sebagai penghasut yang mahu memecahbelahkan UMNO.
‘Apakah Dr Mahathir lupa bahawa UMNO adalah parti keramat masyarakat Melayu Islam?
Dan apakah beliau juga lupa bahawa beliau selalu menyanyikan lagu penyatuan masyarakat Melayu Islam?
Sebaik-baiknya, Dr Mahathir tidak perlu mencampuri urusan dalaman UMNO kerana UMNO mempunyai pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah dalaman UMNO.
Penulis nasihatkan supaya Dr Mahathir fokus bukan kepada kemenangan calon Pejuang/GTA dalam PRU 15.
Tetapi fokus kepada survivor Pejuang/GTA selepas PRU 15 nanti, takut nanti Pejuang/GTA akan terkubur sebaik sahaja selesai PRU 15.
Mahathir Cuba Mencurahkan Minyak Ke Dalam Api Yang Hampir Padam
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN
- Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS
- Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
- Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur