Mas Ermieyatie sebahagian dari Pakatan Harapan

Hanya 9 hari jadi Ahli Parlimen bebas

Oleh – Amran Klebang


Mas Ermieyatie sebahagian dari Pakatan Harapan

Nama Mas Ermieyatie tidak asing diingatan pengundi Parlimen Masjid Tanah, Melaka, kerana ‘pengkhianatan’ yang telah dilakukannya selepas kekalahan BN pada 2018.



Menang PRU14 menggunakan tiket Barisan Nasional, Mas Ermieyatie mengumumkan keluar Umno pada 5 Disember 2018 dengan alasan Umno telah ditolak rakyat kerana tidak membuat pembaharuan.

Malah, beliau turut percaya kepimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat telah menolak Umno, sebaliknya mereka beranggapan parti hanyalah mangsa kebencian rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata. – Mas Ermieyatie – 5 Disember 2018

Beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli parlimen bebas dan hanya berjuang untuk Masjid Tanah.

Bagaimanapun, pada 13 Disember 2018, Mas Ermieyatie telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Bayangkan, dalam tempoh 9 hari, Mas berubah secara drastik dan memilih Pakatan Harapan sebagai wadah baru politik beliau.



“Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk menyertai Parti Pribumi (Bersatu). – Mas Ermieyatie – 13 Disember 2018

Pada Pilihanraya Negeri Melaka lepas, Mas kalah di tangan Rauf Yusoh di DUN Tanjung Bidara.

Penolakan pengundi dalam PRN Melaka terhadap Mas Ermieyatie akan diterjemahkan sekali lagi pada 19 November ini.

Rata-rata pengundi yang ditemui di Masjid Tanah mengakui, mereka masih ‘sakit hati’ dengan perlakuan Mas yang sanggup bersama dengan Pakatan Harapan hanya kerana kepentingan diri.



Melihat kempen Mas untuk PRU15, beliau banyak bermain sentimen ‘drama queen’ bagi mengalih kisah ‘khianat’. Mungkin untuk beliau, cara kempen ‘drama’ lebih memberi kelebihan untuknya bagi menyakinkan pengundi Masjid Tanah untuk memilihnya sekali lagi.

Namun harus diingat, Mas pernah bersama Pakatan Harapan, sebuah kerajaan yang telah mencadangkan ICERD.

Mas Ermieyatie sebahagian dari Pakatan Harapan



Banyak lagi onar serta kelemahan Mas Ermieyatie akan terbongkar sepanjang kempen PRU15. 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button