England, Belanda jejak kaki di Qatar

ATTENTION EDITORS – HAND OUT PICTURES – EDITORIAL USE WITH STORY ON RED DEVILS DEPARTURE TO WORLD CUP 2022 ONLY – MANDATORY CREDIT RBFA
Hand out pictures released on Tuesday 15 November 2022, by The Belgian Football Association shows Belgium’s Eden Hazard pictured at the departure of the Red Devils from the Proximus Basecamp in Tubize to Brussels Airport, ahead of the FIFA 2022 World Cup in Qatar. The Red Devils fly to Kuwait, where they will prepare for the World Cup.
HAND OUT – RBFA (Photo by HAND OUT –

DOHA: England dan Belanda menjadi pasukan gergasi pertama mendarat di Qatar semalam ketika Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino sekali lagi meminta pasukan fokus hanya kepada bola sepak.

Skuad kendalian Gareth Southgate, England yang diketuai penyerang Harry Kane, berusaha menjadi juara dunia buat kali kedua selepas tersingkir pada separuh akhir empat tahun lalu di Russia.

Mereka meningkatkan harapan penyokong mereka yang ghairah dengan mara ke final Euro 2020 tahun lalu namun bergelut sejak kebelakangan ini.

“Keseronokan kini meningkat dalam kalangan semua orang. Kami gembira berada di sini dan tidak sabar untuk berada di padang latihan,” kata Kane.



Belanda dengan jurulatihnya yang sentiasa berterus terang, Louis van Gaal tidak menyimpan pandangan bahawa Qatar tidak seharusnya dibenarkan menjadi tuan rumah Piala Dunia, juga sudah tiba.

“Hello @FIFAWorldCup, kami sudah di sini! Tidak sabar untuk bermula!” kata pasukan Belanda menerusi Twitter bersama gambar ketibaan.

Belanda ialah naib juara 2010 dan ketiga empat tahun lalu tetapi tidak layak untuk kejohanan pada the 2018 di Russia.

Juara bertahan Perancis dan juara dua kali, Argentina dijangka tiba hari ini.



Rayuan daripada badan induk bola sepak dunia, FIFA untuk menukar fokus kepada bola sepak tidak didengari sebahagian negara ketika mereka menantikan sepak mula Ahad ini sambil mengkritik layanan Qatar terhadap pekerja migran, wanita dan komuniti LGBT.

FIFA melancarkan kempen “Bola Sepak Menyatukan Dunia” dengan video memaparkan pemain bintang seperti Neymar, Karim Benzema dan Edouard Mendy.

Infantino berkata: “Walaupun bola sepak sepatutnya menjadi fokus utama kami, Piala Dunia FIFA juga mengenai nilai dan penyambung di luar padang dan kami gembira bintang bola sepak lalu dan sekarang menyertai kami untuk mempromosikan topik ini, yang juga menyatukan seluruh dunia,” katanya.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button