Tiba Masa Untuk Zahid Berundur

Tiba Masa Untuk Zahid Berundur

Tiba Masa Untuk Zahid Berundur

PRU 15 mencatatkan sejarah yang paling hitam dalam prestasi Barisan Nasional (BN).

Tidak pernah berlaku, BN hanya memenangi 30 kerusi parlimen.



Walau pun BN diserang dari segenap penjuru dan wujud gelombang yang dipanggil ‘UMNO centric’ serta ‘Najib centric’, dalam PRU 14, namun BN masih mampu memenangi 79 kerusi parlimen.

Tetapi dalam PRU 15, ketika BN dilihat kembali mendapat sokongan masyarakat Melayu, kejutan berlaku apabila hanya mampu memenangi 30 kerusi parlimen.

Mengapa?

– Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), lebih dari 70% pengundi berdaftar yang berjumlah lebih 21 juta telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.



Dari sudut peratusan kaum yang keluar mengundi, pengundi Melayu adalah sebanyak 62.15%, pengundi Cina 98.4% dan India 76.82%.

Sangat jelas peratusan pengundi Melayu adalah jauh lebih rendah dari pengundi Cina dan India.

– Di samping peratusan pengundi putih BN yang rendah (kira-kira 60%), sangat ketara berlaku ‘swing’ pengundi Melayu dari UMNO kepada PAS.

Selepas PRU 14, mantan Pengerusi BN yang juga merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, DS Najib mengambil tanggungjawab moral dengan meletak jawatan.



DS Zahid Perlu Berundur Tetapi Bukan Sekarang

Pada pendapat penulis, adalah wajar juga untuk Pengerusi BN dan Presiden UMNO sekarang, DS Zahid, mengambil langkah yang sama untuk berundur.

Namun penulis sangat tidak bersetuju apabila timbul desakan terbuka dari beberapa pihak supaya DS Zahid berundur sekarang.

Termasuk pemimpin UMNO dan BN supaya DS Zahid berundur sekarang.

Jawatan yang dipegang DS Zahid sekarang adalah jawatan yang sah mengikut perlembagaan dan amalan demokrasi.



Hormatilah mandat akar umbi UMNO dan junjunglah amalan demokrasi dengan sepenuhnya.

Janganlah kerana diri merasa terancam serta mempunyai agenda peribadi, maka amlan demokrasi dihempaskan ke lantai.

Maksud penulis sudah tiba masa untuk DS Zahid berundur adalah beliau memberikan laluan kepada pemimpin lain dalam pemilihan parti yang akan diadakan dalam 6 bulan sahaja lagi.

Berilah peluang kepada beliau untuk membuat perancangan supaya UMNO/BN masih mempunyai harapan untuk bangkit.



Sebagai pemimpin, sudah pasti beliau tidak mahu tinggalkan parti dalam keadaan yang sangat lemah dan berkemungkinan dikuburkan buat selama-lamanya.

Mahukah kita perkara ini berlaku kepada parti keramat orang Melayu ini?

 

Tiba Masa Untuk Zahid Berundur

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button