Lima pekerja kilang nyaris rentung

PUCHONG: Lima pekerja kilang nyaris rentung selepas sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puchong Jaya di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kelima-lima mangsa diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.20 malam.



Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang, Seksyen 7 serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak dengan kekuatan 41 anggota terbabit dalam operasi itu.

“Kebakaran membabitkan empat unit pejabat di sebuah bangunan kilang yang terbakar 70 peratus.

“Terdapat lima mangsa yang juga pekerja kilang itu berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.28 pagi.



Bagaimanapun, katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading