Penyokong ‘ceroboh’ aksi Tunisia, Perancis

Al Rayyan: Seorang peminat yang memakai kemeja-T Tunisia dan membawa bendera Palestin berlari ke dalam padang di Stadium Education City ketika separuh masa kedua saingan Kumpulan D Piala Dunia membabitkan perlawanan Tunisia menentang Perancis, sebentar tadi.

Lelaki berkenaan kemudian berjaya ditangkap dan dibawa keluar oleh sekumpulan pengawal keselamatan yang bertugas ketika dia bersorak “Palestin, Palestin!”.

Beberapa penyokong dilihat membawa dan mengibarkan bendera Palestin mengandungi warna hijau, putih, hitam dan merah di dalam kawasan stadium.



Penyokong terbabit berdiri sambil memegang bendera Palestin ketika perlawanan.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button