‘Belgium tak berdepan krisis’

Doha: Pemain Belgium, Timothy Castagne berkata pasukannya tidak berdepan sebarang krisis selepas dua aksi hambar peringkat kumpulan di Piala Dunia seterusnya berdepan misi sukar menjelang perlawanan wajib menang berdepan Croatia untuk mara ke pusingan kalah mati.

Berada di ranking kedua dunia, Belgium terselamat dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kanada tetapi mencatat kekalahan memalukan kepada Maghribi 2-0 pada aksi Kumpulan F.

“Dua perlawanan awal adalah tidak bagus seperti apa yang kami harapkan. Kami tidak menunjukkan kesemua kemampuan kami. Namun kami tidak berdepan krisis.” kata Castagne.



Belgium harus menewaskan Croatia malam esok untuk mara ke kelompok 16 terakhir. Keputusan seri sudah memadai buat Croatia untuk mara ke pusingan kalah mati, tetapi Belgium kemudian perlu berharap Kanada menewaskan Maghribi dengan tiga gol untuk berpeluang mara.

Pemain Belgium mengakui secara umum mereka begitu kecewa dengan aksi di Qatar dan mereka sudah mengadakan perbincangan bersama seluruh pasukan selepas kekalahan kepada Maghribi.

“Adalah penting untuk meluahkan segala yang terbuku di hati kami dan berkongsi pandangan kami.

“Kami juga berkongsi cadangan mengenai bagaimana kami boleh meningkat.” kata Castagne.



Pengendali Belgium, Roberto Martinez pula berkata barisan pemainnya melupakan tekanan sementara.

Katanya, mereka kini memberi tumpuan bergembira pada perlawanan dan beraksi tanpa gentar berdepan naib juara 2018.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading