Agong tolak gaji sejak COVID-19 melanda

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terlebih dahulu tidak mengambil gaji iaitu sejak COVID-19 melanda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini kerana Seri Paduka cakna dengan keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

“Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak COVID-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak COVID-19.



“Saya ingat, eloklah kita beri penjelasan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Anwar sebelum ini menetapkan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan perdana menteri sebagai langkah memulihkan keyakinan rakyat terutama terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.

Jemaah Menteri turut bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.



BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading