Lelaki hilang ketika menjala ditemukan lemas

KUCHING: Lelaki warganegara Indonesia yang dilaporkan hilang ketika keluar menjala ikan bersama rakannya di Sungai Tabuan Samajaya, kawasan industri di sini, petang semalam, ditemukan lemas, hari ini.

Mayat mangsa, Stepanus Selat, 22, dijumpai pada jam 12.20 tengah hari ini, kira-kira tiga meter dari lokasi mangsa terjatuh sungai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 1.23 pagi tadi.



Katanya, ketika kejadian jam 6 petang, mangsa berada kira-kira lima meter di belakang seorang rakannya yang turut menjala.

“Ketika mengangkat jala, rakannya menoleh ke belakang dan mendapati mangsa tiada lagi di belakang dan hanya mendapati selipar mangsa berada di tempat kali terakhir mangsa berdiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, rakannya yang khuatir mangsa terjatuh ke dalam sungai mencari mangsa di dalam sungai tetapi gagal menjumpai mangsa.

“Selepas beberapa jam mencari, rakannya menghubungi pihak polis untuk ke lokasi kejadian sebelum diminta menghubungi bomba untuk bantuan.



“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan jam 7.30 pagi ini dengan menyusuri sungai menggunakan bot gentian kaca sekitar lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh,” katanya.

Katanya, operasi SAR turut dibantu oleh pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

“Mangsa akhirnya ditemui jam 12.20 tengah hari ini sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi SAR ditamatkan jam 1.10 tengah hari,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button