Ayu Gani – Cuba Gaya Tomboy
Nampak Cool !
Apabila menggayakan fesyen tomboy ini, kamu akan dilihat sebagai seorang wanita yang berani, independent, bertenaga, cool dan tenang.
Sekiranya kamu mahu tukar gaya sedia ada kepada tomboy, Miss Murai nasihatkan kamu cuba lihat gaya Ayu Gani iaitu supermodel Indonesia. Bagi Miss Murai, gaya tomboy model ini sesuai untuk kamu yang mahu bergaya buat pertama kalinya.
Pertama sekali, gaya tomboy yang simple untuk diikuti adalah gabungan tank top dan seluar. Kalau mahukan gaya yang sedikit berbeza dan unik, cuba kamu padankan dua seluar dalam satu masa; iaitu satu seluar pendek di dalam, dilapisi dengan satu seluar panjang yang mempunyai tali di pinggang. Cool sangat!
Kemudian kamu juga boleh gayakan pakaian yang bermotifkan ‘anti-mainstream’. Padankan cami top bermotifkan checkered di atas kemeja checkered. Pilih padanan warna yang terang seperti ungu dengan hijau, biru dengan merah dan banyak lagi. Jangan lupa gandingkan bersama seluar pendek dan kasut platform atau high-top sneaker.
Lebih santai dan nampak cool apabila kamu kenakan gaya Ayu yang ini; padanan baju flannel, high neck tank top, seluar pendek atau baggy pants bersama sneakers.
Sisi maskulin ‘tomboy’ juga boleh ditonjolkan dengan gaya sporty tau. Apa yang Miss Murai sarankan untuk kamu pakai adalah sweater, hoodie,jogger pants dan kasut pilihan kamu; sneaker, but atau pun slip-on.
Akhir sekali, gaya tomboy juga boleh kamu pakai ketika menghadiir majlis sosial yang rasmi. Apa yang kamu kenakan adalah blazer dengan seluar pendek atau pun set sut yang lengkap.
Nampak cool sangat! Selamat mencuba~
Ayu Gani – Cuba Gaya Tomboy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :