Indonesia bakal tamatkan semua sekatan Covid-19 akhir tahun ini
Indonesia bakal tamatkan semua sekatan Covid-19 akhir tahun ini
JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberikan isyarat bakal menamatkan semua sekatan Covid-19 di Indonesia pada akhir tahun ini.
Terdahulu, sekatan Covid-19 termasuk kawalan pergerakan di negara ini dilanjutkan sejak 6 Disember lalu sehingga 9 Januari 2023.
Jokowi memberi gambaran untuk menamatkan semua sekatan tersebut berikutan trend penurunan kes jangkitan koronavirus di negara ini.
“Ketika ini, kes jangkitan Covid-19 di negara kita adalah sebanyak 1,200 kes.
“Mungkin akhir tahun nanti kita akan tamatkan semua sekatan Covid-19,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.
Beliau juga memaklumkan, keputusan mengenai perkara tersebut akan diputuskan pada minggu ini.
Jokowi menyatakan, kerajaan menunggu penelitian dan persetujuan daripada kementerian berkaitan, khususnya kementerian kesihatan untuk menghentikan semua sekatan Covid-19.
“Kita perlu tunggu penelitian dan kajian yang dilakukan oleh kementerian kesihatan kerana Covid-19 masih ada dan oleh hal yang demikian, kita tidak boleh buat keputusan terburu-buru,” ujarnya.
Dalam pada itu, Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy secara peribadinya berpendapat, Indonesia sudah pun keluar daripada pandemik Covid-19.
Sehubungan itu, beliau menyokong rancangan Jokowi untuk menamatkan semua sekatan pada akhir tahun ini.
“Saya yakin masyarakat sudah pun boleh hidup bersama Covid-19 dan mereka juga mempunyai kesedaran mengenai virus maut itu,” jelasnya.
Indonesia bakal tamatkan semua sekatan Covid-19 akhir tahun ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti