Doktor rebah kepenatan rawat pesakit Covid-19 di China
Doktor rebah kepenatan rawat pesakit Covid-19 di China
BEIJING: Situasi di China semakin tidak terkawal apabila bekalan ubat-ubatan di seluruh negara semakin habis, menyebabkan ramai penduduk sukar mendapatkan bekalan, termasuk kit ujian dalam menghadapi lonjakan kes
Kebanyakan farmasi di bandar-bandar utama mengalami kekurangan bekalan ubat selepas kerajaan China melonggarkan hampir semua sekatan Covid-19, termasuk perintah berkurung, kuarantin dan ujian saringan besar-besaran.
Bagi menangani masalah tersebut, puluhan firma farmaseutikal di negara ini diarahkan oleh pihak berkuasa untuk ‘membantu menyelamatkan’ bekalan ubatan penting.
Sekurang-kurangnya bekalan ubatan oleh 11 daripada 42 pengeluar kit ujian yang produknya sudah dilesenkan pihak berkuasa China sudah diambil oleh kerajaan atau menerima tempahan daripada pihak lain.
Di Beijing, pihak berkuasa turut menghantar kakitangan tambahan kepada enam pengeluar kit ujian untuk membantu mereka meningkatkan pengeluaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
Sementara itu, petugas hospital di Chongqing mengesahkan 80 hingga 90 peratus daripada pesakit yang dimasukkan ke wad adalah positif Covid-19 dengan kebanyakannya warga emas.
Selain itu, jumlah kemasukan pesakit ke hospital yang semakin terkawal turut menyebabkan kesesakan di beberapa pusat perubatan sehingga menyebabkan ada pesakit terpaksa dirawat atas lantai kerana kekurangan katil.
Tidak cukup dengan itu, turut tular satu video menunjukkan seorang doktor yang kepenatan tiba-tiba rebah ketika merawat pesakit di hospital. – AFP/AGENSI
Doktor rebah kepenatan rawat pesakit Covid-19 di China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jumlah dividen ASB semakin tidak menarik sejak ketiadaan Bossku.
- UMNO tidak perlu ulang silap lama
- Musuh UMNO pasti kecewa jika jawatan “Top 2” tidak dipertandingkan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :