Bekalan air lima kawasan Selangor pulih

KUALA LUMPUR: Bekalan air di lima kawasan yang terjejas berikutan pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pulih sepenuhnya jam 12 tengah malam tadi.

Air Selangor dalam kenyataan pagi ini menyebut bahawa bekalan air bagi 472 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata kenyataan syarikat itu pada awal pagi Selasa.



Kawasan terbabit ialah daerah Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27).

Air Selangor turut menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan air daripada pili mengalir sehingga jernih, sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Pada Sabtu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Pencemaran bau dipercayai berpunca daripada tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading