Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam
Terbaharu, Patimah menyifatkan Ira sebagai seorang wanita kejam yang menyebabkan kedua-dua cucunya kehilangan seorang bapa.
“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam.
“Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu,” luahnya.
Patimah menulis luahan itu dalam satu perkongsian di Insta story miliknya pada Sabtu.
Bersama status tersebut, isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini juga memuat naik gambar dua anak Syamsul hasil perkahwinan bersama isteri pertama iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand selepas hubungan mereka menjadi spekulasi dalam kalangan peminat sejak tahun lalu.
Pelbagai respons termasuk kecaman dilemparkan kepada pengarah filem Mat Kilau itu kerana sanggup memadukan Sarah.
Patimah antara individu yang sering meluahkan perasaan kecewa dan menganggap Sarah sebagai seorang wanita teraniaya.
Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Ibu Syamsul masih marah anggap Ira wanita kejam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO