Kajian dakwa kes Covid-19 di China cecah 900 juta

Kajian dakwa kes Covid-19 di China cecah 900 juta

Kajian dakwa kes Covid-19 di China cecah 900 juta
ORANG ramai mengambil kesempatan mengunjungi Yu Garden menjelang cuti Tahun Baharu Lunar di Shanghai. – AFP

BEIJING: Satu kajian dijalankan oleh Universiti Peking mendakwa hampir 900 juta orang di China dijangkiti koronavirus setakat 11 Januari lalu.

Memetik laporan BBC, kajian itu mendakwa sekitar 64 peratus penduduk China mempunyai virus tersebut.

Kajian itu mendakwa, wilayah Gansu menduduki senarai teratas iaitu sebanyak 91 peratus penduduk dijangkiti koronavirus, diikuti dengan Yunnan (84 peratus) dan Qinghai (80 peratus).



Seorang pakar epidemiologi terkemuka di republik itu memberi amaran kes Covid-19 akan meningkat di kawasan luar bandar sepanjang perayaan Tahun Baharu Lunar.

Bekas ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Zeng Guang menerusi kenyataan memaklumkan kemuncak gelombang Covid-19 di negara itu dijangka berlarutan selama dua hingga tiga bulan.

Menurut Zeng, sudah tiba masanya untuk menumpukan perhatian di kawasan luar bandar.

Katanya, ramai warga emas, penduduk sakit dan kurang upaya yang menetap di luar bandar `dipinggirkan’ dari segi rawatan Covid-19.



Henan merupakan satu-satunya wilayah masih mengemukakan data kes jangkitan, dengan awal bulan ini pegawai kesihatan menyatakan hampir 90 peratus penduduk dijangkiti Covid-19, jumlah sama direkodkan di kawasan bandar dan luar bandar.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan memaklumkan banyak wilayah dan bandar sudah melepasi kemuncak jangkitan.

Ads by Kiosked
China sudah berhenti melaporkan data kes harian baharu sejak menarik balik dasar sifar Covid-19.

Namun beberapa hospital di bandar utama China penuh sesak dengan pesakit Covid-19 kerana virus itu merebak ke seluruh negara.



Ratusan juta warga China akan pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga menjelang perayaan Tahun Baharu Lunar pada 23 Januari ini.

Cuti Tahun Baharu Lunar di China yang bakal bermula 21 Januari ini, melibatkan penghijrahan tahunan berskala terbesar di dunia.

Dilaporkan, kira-kira dua bilion penduduk dijangka melakukan perjalanan pada musim ini.

 



PBB jangka populasi dunia cecah 8 bilion tengah November ini

Kajian dakwa kes Covid-19 di China cecah 900 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button