Apa rancangan Kluster Broker seterusnya?

 

Cubaan untuk merampas kuasa Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sudah dikira gagal buat masa ini.

Ini kerana perwakilan sudah putus kan secara consensus bahawa dua jawatan tertinggi parti tidak akan dibuka untuk pertandingan.



Pada Perhimpunan Agong UMNO yang baru sahaja berlangsung, perwakilan telah memilih untuk tiada pertandingan diadakan.

Itu juga demokrasi jika yang suka sebut demokrasi faham maksud nya.

Yang tidak demokrasi adalah semacam memilih Perdana Menteri yang tidak melalui rakyat tetapi melalui perjanjian sulit pintu belakang sesama sendiri apabila hendak menggantikan Perdana Menteri.



Ini yang tidak demokrasi.

Maka , dengan keputusan konsensus yang telah dibuat semalam , boleh dianggap langkah Kluster Broker sudah terbantut dan berhadapan tembok batu.

Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin sudah boleh Kembali ke  “Whiteboard” semula untuk melakarkan Gerakan baru perguna proksi proksi nya dalam UMNO.

Apakah PRN dibeberapa negeri akan dijadikan platform menukar kepimpinan pula?



Dengan mengalahkan Barisan Nasional di beberapa negeri dengan kerja sabotaj dalam PRN yang akan datang , maka satu usul baru boleh dibuat oleh kluster Broker untuk menukar Presiden.

Motif kluster Broker bukan untuk kebaikan UMNO tetapi untuk kebaikan Tuan mereka diluar UMNO sahaja.

Maka, usul pertandingkan jawatan Top 2 sudah terbantut , maka mungkn kini PRN pula boleh jadi pentas untuk para broker @ Pengkhianat membuat serangan susulan menyuruh Presiden UMNO letak jawatan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button