5 Tips Atasi Masalah ‘Separation Anxiety’ Anak
Memang mencabar emosi betul bila si anak asyik nak melekat sampaikan tak boleh nak berpisah langsung. Kadang tu mak ayah ‘hilang’ depan mata kejap sahaja tapi dia punya meraung, satu taman terkejut dengar suara anal.
Inilah yang disebut fasa separation anxiety. Perkara ini normal sebenarnya dan selalu berlaku pada anak yang dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 2 tahun setengah. Jadi, mak ayah semua wajib tahu 5 tips untuk atasi masalah separation anxiety ini supaya kita semua tak stress bila fasa ni berlaku dekat anak sendiri.
5 TIPS ATASI MASALAH ‘SEPARATION ANXIETY’ ANAK, TINGGAL KEJAP DAH NANGIS
1. Biasakan bercakap dengan anak kita tu bila kita nak ke mana-mana
Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama. Mula-mula si kecil tu tak faham tapi lama-lama, nanti sikit-sikit dia akan mula mengerti ke mana kita nak pergi.
2. Main kejar-kejar dengan anak sekerap mungkin
Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin. Bila dia mendekat nak mintak kita dukung, masa tu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia. Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia duk ingat yang kita tengah main dengan dia.
3. Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak
Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap. Bila kita praktikkan macam ni, si kecil tu akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia tak kan mungkir janji.
4. Ada anak yang jadi kacau bilau macam ni masa nak tinggalkan dekat pengasuh
Make sure sebelum serahkan anak kita tu, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia.Mana yang lapar berilah makan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.
5. Ibu bapa kena keraskan hati
Keraskan hati sikit kalau si kecil tu nak minta dukung. Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan. Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap. Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak kita tu. Lama-lama nanti si kecil tu akan tahu yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.
Percayalah, ilmu ni penting sangat untuk ibu bapa di luar sana supaya dapat memudahkan kerja harian. Moga bermanfaat.
Sumber: Facebook Ahmad Luqman Bukhari