Kodok raksasa ditemukan renjer di Australia
Kodok raksasa ditemukan renjer di Australia
QUEENSLAND: Seekor kodok tebu raksasa yang mempunyai berat sama dengan beberapa bayi manusia yang baru lahir ditemukan oleh renjer Australia di Queensland Utara, Australia.
Menurut laporan Al Jazeera, Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland memberitahu, kodok itu yang dinamakan Toadzilla ditemukan oleh seorang renjer hutan di Taman Negara Conway Queensland dan seberat 2.7 kilogram.
Kodok tebu raksasa dipercayai seekor kodok betina dan dijangka boleh mencatat rekod dunia baharu.
Penemuan itu bermula apabila renjer hutan, Kylee Grey sedang dalam perjalanan melalui taman negara berkenaan minggu lalu dan terserempak dengan seekor ular yang merayap melintasi laluan sehingga memaksa kenderaannya berhenti.
Melangkah keluar dari kenderaan itu, Grey berkata, dia ternampak seekor kodok tebu dengan saiznya yang besar sehingga membuatkannya tersentak.
“Saya mencapai kodok itu dan tidak percaya betapa besar dan beratnya. Kami menggelarnya sebagai Toadzilla dan segera memasukkannya ke dalam bekas supaya kami boleh mengeluarkannya dari alam liar.
“Seekor kodok tebu sebesar itu akan memakan apa sahaja yang boleh masuk ke dalam mulutnya termasuk serangga, reptilia dan mamalia kecil,” kata Gray dalam satu kenyataan.
Berita ABC Australia memetik Grey sebagai berkata, kodok itu kelihatan hampir serupa bola sepak dengan sepasang kaki.
Kodok itu yang boleh hidup sehingga 15 tahun ditemukan pada ketinggian 393 meter.
Menurut Gray, Muzium Queensland berminat untuk mengambilnya kerana kodok itu mungkin yang terbesar dalam rekod setakat ini.
Bagaimanapun, hayat Toadzilla itu terpaksa dipendekkan dan ABC melaporkan bahawa katak itu dibunuh serta akan dihantar ke Muzium Queensland di Brisbane.
Kodok raksasa ditemukan renjer di Australia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :