Pasar Borong KL digempur lagi
Pasar Borong KL digempur lagi
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing Pasar Borong Kuala Lumpur yang digempur lagi pagi tadi.
Dalam kenyataan hari ini, DBKL memaklumkan, pihaknya melakukan tindakan berkenaan seawal jam 6 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari.
“Terdapat dalam kalangan mereka menyalahgunakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk berniaga dan menjaja.
“Sebanyak dua notis dikeluarkan mengikut Seksyen 46 (1) (d) dan lima sitaan dilaksanakan terhadap peniaga warga asing,” katanya.
Barangan yang disita dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan terus melakukan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
Pasar Borong KL digempur lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :