Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
Mesyuarat MKT UMNO yang lepas telah mengambil keputusan untuk memecat keahlian 2 pemimpin.
Manakala 4 orang pemimpin yang lain digantung keahlian mereka selama 6 tahun.
2 dari 4 orang pemimpin yang digantung keahlian mereka, Hishamuddin Hussien dan Mazilan Bujang berasal dari Johor.
Di samping itu, MKT juga mengambil keputusan untuk menukar jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.
Jawatan itu sebelum ini disandang oleh mantan Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.
Dan kini ianya digantikan dengan Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin.
Negeri Johor sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO.
Dan di negeri inilah pertembungan antara ‘Razak Boy’ dengan ‘Hussien Boy’ dapat dilihat dengan jelas.
Baca di sini:
https://my-tv.online/2022/12/02/najib-dan-hishamuddin-sepupu-yang-berseteru/
Pertembungan antara ‘Razak Boys’ dan ‘Hussien Boys’ tidak hanya berakar umbi di Johor, malah ianya juga dapat dilihat di seluruh negara.
Pengaruh kombinasi Hishamuddin, Hasni dan Onn Ghazi tidak boleh dipandang mudah di Johor.
Berdasarkan pengalaman peribadi penulis yang berada di Johor semasa pilihanraya negeri, pertembungan ini dapat dilihat dengan ketara.
Adakah dengan penggantungan keahlian Hishamuddin dan Mazilan serta penukaran pengerusi perhubungan negeri mampu menyelesaikan masalah?
Jawapannya ya dan tidak.
Sekiranya Khaled Nordin berjaya memimpin UMNO Johor yang setia kepada parti, keadaan akan pulih.
Penjelasan yang tuntas di peringkat akar umbi Johor mengenai rasional tindakan displin diambil mesti dilakukan sesegera mungkin.
Tetapi sekiranya Khaled Nordin lambat bertindak, keadaan akan menjadi semakin parah.
Hishamuddin sudah menggerakkan saki baki jentera beliau ke seluruh Johor.
Ianya untuk mempengaruhi akar umbi bagi memastikan mereka dapat menguasai peringkat cawangan dan bahagian.
Masih ramai lagi akar umbi dan pemimpin UMNO Johor yang sayang kepada parti dan setia kepada roh perjuangan UMNO.
Namun, Khaled Nordin mesti bertindak segera sebelum segala-galanya berada di luar kawalan.
Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO
- Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu