Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal
Janji Jangan Ambil Hak Orang
Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal
Berita gembira mengenai perkahwinan antara kedua-dua pelakon berbakat tanah air, Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal mendapat ucapan tahniah serta titipan doa dari rakan artis dan juga dikalangan peminat selebriti ini.
Turut Tumpang Gembira
Melihat muatnaik di media sosial terutama di Instagram, dibanjiri dengan ucapan tahniah buat kedua-dua pengantin baru tersebut.
Malah bekas isteri kepada pelawak Chot, Siti Zafirul Azzah atau lebih dikenali sebagai Jaja meluahkan rasa gembira melihat mahligai bahagia milik pelakon utama drama Cina Buta itu di Insta Story nya.
“Tahniah @nad.zainal gembira tengok kebahagiaan orang… Janji jangan ambil hak orang.. InshaAllah, Allah nak bagi yang baik lagi untuk Jaja dan Ayash.” Coretnya
‘Bahagia Di Atas Air Mata Orang Lain’
Terdahulu ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi tentang teka-teki status rumahtangganya menerusi hantaran di Instagram, yang menitipkan ucapan tahniah buat bekas suaminya pelawak Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan bersama Zurina Badron.
Menerusi hantaran tersebut spekulasi tentang kemelut rumahtangga yang tidak diketahui umum terjawab, apabila wanita ini mendedahkan mahligai bahagia yang di bina meniti titik noktah gara-gara kehadiran orang ketiga.
“Dulu bahagia, sekarang tak. Jodohku, Ayash bersama dedi tiada di sebabkan team Ira Kazar.
Beribu-ribu tahniah Hazmeer & Zurina.. Semoga bahagia di atas air mata orang lain..” Tulisnya
Sabar Hadap Masa Mendatang
Menjengah pula di Insta Story bekas isteri pelawak ini, Azzah memuatnaik gambar bersama anak lelaki keduanya sambil menitipkan kata-kata semangat buat diri serta putera kecilnya itu.
“Ibu dan Ayash kena kuat.. Kita kena kuat dan sabar dengan hari-hari yang akan datang.. InshaAllah satu hari nanti Ayash akan tahu kebenaranya..” Coretnya
Untuk rekod Hazmeer Hassan dan Siti Zafirul Azzah telah mendirikan rumahtangga pada 18 Julai 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, di mana hayat anak pertama mereka tidak panjang dan meninggal dunia akibat menghidap injap jantung terbalik pada tahun 2018.
Namun tidak lama kemudian pasangan ini menerima kehadiran cahaya mata kedua pada tahun 2019. Meski bertahun bersama, mahligai yang dibina berakhir pada bulan Mac tahun lepas.
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.