Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

Selepas 25 tahun dipecat dari UMNO oleh Dr Mahathir, malam ini, Anwar Ibrahim buat pertama kali akan menjejak kaki di ibupejabat UMNO, WTC Kuala Lumpur.

Kehadiran Anwar bukanlah sekadar membuat tinjauan atau lawatan ke ibu pejabat bekas parti beliau.



Malah kehadiran Anwar juga akan ditemani oleh beberapa pemimpin DAP yang tidak pernah menjejakkan kaki ke ibu pejabat UMNO.

Namun kedatangan mereka (Anwar dan DAP), bukanlah sebagai seteru UMNO atau untuk membuat serangan ke atas ibu pejabat UMNO.

Ibu pejabat UMNO kini sudah dijadikan sebagai pejabat urusan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Sekretariat itu ditubuh bagi membincangkan perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan.



Termasuk kerjasama politik serta janji-janji manifesto parti-parti kerajaan.

Sekretariat Kerajaan Perpaduan itu diwakili oleh semua wakil-wakil parti politik yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan.

Manakala Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah dilantik sebagai ketua sekretariat tersebut.

Jadi, kedatangan Anwar ke ibu pejabat UMNO adalah untuk mempengerusikan mesyuarat pertama Sekreteriat Kerajaan Perpaduan.



Pastinya dengan kedatangan Anwar dan wakil DAP ke ibu pejabat UMNO akan mencatatkan satu lebaran baru dalam dinamika politik di negara kita.

 

Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button