Fasha Sandha Jawab- “Kepada Yang Menghina [VIDEO]
Digelar Hipokrit Selepas Berhijab Di Sebuah Majlis?
Fasha Sandha Jawab- “Kepada Yang Menghina
Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara setelah digelar sebagai hipokrit kerana mengenakan hijab di sebuah majlis preview berbuka puasa, baru-baru ini.
Titip Ucapan Terima Kasih Buat Pihak Berfikiran Positif
Fasha, menerusi hantaran di Instagram dilihat menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang berfikiran positif dan tidak pernah menghakimi dirinya.
“Dah lama tak tulis panjang-panjang. Hari ni rasa nak tulis bila terbaca ‘Hipokrit’ dan ‘Nama pun pelakon..’ lepas posting saya mengenakan hijab ke majlis preview berbuka puasa semalam.
First of all, terima kasih followers kesayangan, keluarga, teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah judge saya.”-Tulis Fasha
“Nak Hina Berbakul-Bakul, Silakan..”
Tambahnya lagi, pelakon filem Evolusi KL Drift ini turut meminta pihak terlibat yang menghinanya untuk tidak melibatkan urusan kerjaya dengan penampilannya yang tidak berhijab.
“Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih. Nak hina berbakul-bakul silakan. Cuma jangan libatkan kerjaya saya sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian.
Ya, saya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan.”-Tulis Fasha
Peminat Titip Semangat
Di ruangan komen, rata-rata peminat dilihat memberikan kata-kata semangat buat Fasha, malah memintanya untuk mengabaikan sahaja kata-kata negatif yang dilemparkan padanya.
“You do you yangg, its ok. Ignore them & doa yang baik-baik saja. Be positive always. Loveee you!.”
“Abaikan je bad vibes ni. Dorang belum tentu ye sempurna. Yang penting diri kita tau apa yang kita buat.”
“Its ok slow-slow berubah tapi menjadi lagi better dari berubah mendadak tapi tak menjadi.”
Hidayah milik Allah. Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja..
Fasha Sandha Jawab- “Kepada Yang Menghina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara