Restoran Al-Mathaam Syed Corner

Nasi Kandar & Nasi Beriyani Power Yang Perlu Anda Cuba!

Restoran Al-Mathaam Syed Corner

Restoran Al-Mathaam Syed Corner

Hidangan Nasi Kandar adalah antara sajian kegemaran orang Malaysia. Tidak kira bangsa ataupun negeri mana, nasi kandar adalah antara sajian yang cukup sinonim dengan budaya kita. Namun, seperti semua sedia maklum, hidangan ini datang dari orang utara. Di Ipoh, ada satu restoran yang perlu anda kunjungi untuk mencuba nasi kandar yang terbaik. Restoran ini merupakan restoran nasi kandar yang paling lama beroperasi di Station 18, Ipoh, iaitu Restoran Al-Mathaam Syed Corner.

Sudah menjadi hidangan staple di restoran-restoran mamak, nasi kandar, secara asasnya adalah nasi campur. Bezanya ialah kuah kari campur yang dibanjirkan ke atas nasi putih. Lauk yang dipadankan bersama nasi putih itu juga terpulang kepada selera dan kesukaan masing-masing. Namun, apa yang membuatkan Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini berbeza? Jom, kita kenali bersama!



Lokasi

Jika anda sering ke Ipoh, kawasan Station 18 ini tidak asing lagi buat anda. Terletak di bandaraya Ipoh, Station 18 ini merupakan kawasan komersial yang cukup disenangi ramai. Bukan sahaja mudah buat pengunjung luar negeri kerana mempunyai pelbagai hotel dan penginapan di sini, Station 18 juga digemari oleh penduduk Ipoh sendiri kerana terdapat banyak pusat membeli-belah dan kedai-kedai makan di sini.

Restoran Al-Mathaam Syed Corner

Lokasi strategik ini merupakan tapak tetap Restoran Al-Mathaam Syed Corner sejak kemunculan mereka pada tahun 2007 lagi. Senang kata, mereka antara legend di sini dan cukup terkenal dengan hidangan nasi kandar dan nasi beriyani mereka.

Suasana

Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini membawakan suasana tipikal mamak. Berbagai bangsa, budaya dan semua lapisan masyarakat selalu berkumpul di sini untuk menjamu selera sambil meluangkan masa bersama. Suasana perpaduan beginilah yang akan anda nikmati apabila berkunjung ke sini. Memang meriah dan havoc tetapi menghiburkan.



Restoran Al-Mathaam Syed Corner

Di sini, anda boleh melihat pelbagai ragam masyarakat Malaysia dan juga para pengunjung dari luar negara yang ingin mengenali budaya kita. Sambil menjamu selera dalam suasana yang bersih dan selesa. Restoran ini juga menyediakan tempat duduk outdoor dan indoor dan mempunyai satu ruang berhawa dingin supaya anda sentiasa selesa. Maklumlah cuaca di Malaysia ini tidak menentu.

Nasi Kandar

Taruhan utama Restoran Al-Mathaam Syed Corner ialah nasi kandar. Buat penggemar nasi kandar, anda wajib mencuba restoran ini apabila berada di Ipoh. Kuah kari yang mereka sediakan memang sedap. Malah, tagline mereka ialah “Bau Kari Lekat Dijari” menggambarkan betapa padunya kuah kari mereka.

Restoran Al-Mathaam Syed Corner



Nasi Kandar mereka tentu sekali dibanjiri dengan kuah campur yang membuatkan nasi kandar ini lebih sedap. Lauk untuk dipadankan juga sangat berbagai. Pasti anda rambang mata nak buat pilihan. Dari ayam goreng berempah, ayam masak kicap, berbagai jenis ikan, daging dan banyak lagi.

Disesuaikan pula dengan aneka jenis sayuran yang boleh anda pilih termasuk peria goreng, kobis goreng, bendi dan banyak lagi. Jangan lupa telur masin, buat tambah rasa. Sedap kan? Harganya pula sangat berpatutan. Dalam lingkungan RM8.00 ke atas bergantung kepada pilihan lauk yang anda pilih.

Nasi Beriyani Ayam Madu 20 Rempah

Namanya saja sudah pun memberi gambaran yang cukup menarik buat hidangan istimewa ini. Nasi Beriyani dari Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini memang digemari ramai. Ini kerana beras yang digunakan untuk nasi beriyani mereka adalah beras pusar yang berkualiti tinggi. Beras panjang-panjang dan berderai ini juga dimasak dengan gabungan rempah yang serba sempurna dari segi rasa. Memang sedap.



Nasi beriyani dari mereka ini dihidangkan khas bersama ayam madu 20 rempah yang menambahkan lagi nikmat menjamu selera bagi pengunjung. 20 rempah terpilih yang mereka gunakan untuk menghasilkan ayam madu ini membuatkan rasa ayam madu ini benar-benar luarbiasa.

Tidak hairanlah ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk merasa nasi beriyani Al-Mathaam ini. Set nasi beriyani ini juga disempurnakan lagi dengan telur saffron dan jelatah timun. Hasilnya? Nasi beriyani yang cukup memuaskan. Harganya juga berpatutan dengan portion dan rasa yang diberi, hanya RM14.00 sepinggan.



Aneka Roti

Sajian yang sudah sinonim dengan restoran mamak, roti canai, thosai dan capati juga disediakan di Restoran Al-Mathaam Syed Corner. Hampir semua jenis roti canai yang boleh anda fikirkan ada disediakan di sini. Namun, yang sering menjadi pilihan ramai ialah roti sarang burung yang merupakan roti canai yang ditambah telur separuh masak ditengahnya. Makan pula dengan kuah kari dan lauk pilihan anda, lagilah sedap.

Selain itu, roti bakar telur goyang juga sangat popular di sini, terutama sekali untuk sarapan pagi. Tetapi, untuk sesuatu yang lebih spesial, anda boleh cuba roti tisu. Sejenis roti rangup yang dibentukkan seperti kon tinggi ini disalut dengan sirap. Anda mesti cuba apabila datang minum petang di sini. Terkini, mereka memperkenalkan roti cheese tarik.

Roti canai yang ditaburi dengan keju mozarella ini dimakan bersama kuah nachos cheese dan parpu. Macam piza ala Asia. Sangat menarik. Aneka jenis roti, thosai dan capati di sini cukup berbaloi. Harga bermula dari hanya RM1.40 hingga RM7.90.



Mee Sotong Kuah Kacang Mendidih & Masakan Panas

Masakan panas dan goreng-goreng ala mamak memang menjadi antara hidangan yang diminati sebilangan besar pengunjung. Di Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini pula, antara masakan panas yang menjadi pilihan ramai ialah Mee sotong kuah kacang mendidih. Bagi yang belum pernah cuba, mee sotong kuah kacang mendidih ini merupakan sejenis hidangan di mana mee goreng dimakan bersama sotong yang disimbah dengan kuah kacang dalam sizzling plate. Memang lain dari yang lain.

Selain dari menu spesial ini, anda boleh dapatkan segala macam masakan goreng-goreng termasuk nasi goreng, mee goreng, maggi goreng dan lain-lain. Yang best nya di sini, terdapat 2 jenis masakan panas yang boleh anda dapati iaitu masakan ala mamak atau masakan ala thai. Jadi, anda tak perlu lah susah-susah mencari kedai tom yam jika teringin nak makan masakan Thai.

Nasi Lemak, Rojak & Mee Rebus

Seperti biasa, nasi lemak pasti ada di mana-mana. Maklumlah, makanan favourite orang kita. Selain itu, berbagai jenis rojak juga tersedia di sini. Kalau dah sampai kat kawasan utara ini, pasti anda mencari pasembor. Jangan lupa cuba Pasembor dari Al-Mathaam ini. Mereka juga menyediakan Mee rebus yang juga antara makanan kesukaan ramai. Semuanya kurang dari RM12 sahaja.

Minuman

Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini menyediakan berbagai minuman kegemaran lokal. Minuman paling top tentulah teh tarik dan kopi o. Namun, jika mahukan sesuatu yang berbeza, bolehlah cuba milo ais mereka yang ditabur dengan serbuk milo diatasnya. Selain itu, jus buah-buahan juga tidak ketinggalan. Bermacam jenis jus buah yang mereka sediakan dan sebahagian besar adalah jus perahan segar. Harga minuman pon tak lebih dari RM6. Berbaloi sangat lah.

Restoran Al-Mathaam Syed Corner ini memang sesuai untuk dijadikan persinggahan untuk menjamu selera, untuk seisi keluarga. Tidak kira tua, muda atau kanak-kanak, semuanya akan berpuas hati dengan seleksi menu yang luas.

Makanan pon sedap-sedap belaka. Jadi jika anda berada di sekitar Station 18, Ipoh, dipersilakan untuk cuba sendiri. Untuk mencuci mata dengan gambar-gambar makanan yang sedap-sedap dan dapatkan maklumat lanjut tentang promosi terkini, jangan lupa untuk ikuti laman media sosial mereka. Selamat menjamu selera!

Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok

No Telephone: 013 2602131

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: No. 108, Medan Station18/3, Station 18, Ipoh, Perak
https://my-tv.online/2022/08/26/meetings-spark-ge15-buzz/

Meetings spark GE15 buzz

Restoran Al-Mathaam Syed Corner

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button