Misteri budak 2 tahun hilang 23 jam terungkai
Misteri budak 2 tahun hilang 23 jam terungkai
KUCHING: Kanak-kanak lelaki yang hilang di kawasan hutan berdekatan Kuari Batu Perigi, di Sematan dalam daerah Lundu, semalam ditemui selamat, hari ini selepas kira-kira 23 jam kehilangannya dilaporkan.
Mangsa, Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum, berusia dua tahun ditemui kira-kira dua kilometer dari pos kawalan bomba (PKB) pada jam 10 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan anjing pengesan Unit K9, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata kanak-kanak itu ditemui di kawasan hutan berbatu di atas bukit di dalam kebun kelapa sawit bersebelahan rumah pekerja kuari.
Menurutnya, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan cergas meskipun sendirian selama kira-kira 23 jam.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan, cuma calar-calar sedikit di beberapa bahagian badannya dipercayai terkena batu atau ranting.
“Keadaannya pun baik, malah kelihatan cergas walaupun hilang dalam tempoh agak lama tanpa makan dan minum,” katanya.
Bomba menerima maklumat kehilangan kanak-kanak itu selepas menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu pada jam 4.05 petang semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kanak-kanak itu disedari hilang ketika dia sedang bermain di luar pondok di belakang rumah pekerja kuari itu tengah hari semalam.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan mengikut ibunya ke pondok itu kerana menunggu bapanya balik kerja.
Menyedari kehilangan kanak-kanak itu, ibu serta bapanya dengan bantuan beberapa pekerja berusaha mencarinya di sekitar kawasan kuari itu.
Selepas mereka gagal mencari mangsa, laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu sebelum operasi SAR diaktif oleh lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pekerja kuari.
Bagaimanapun, sehingga jam 5.50 petang semalam, mangsa masih gagal dikesan dan operasi SAR ditangguhkan.
Operasi yang disambung hari ini turut disertai anjing pengesan Unit K9 JBPM Sarawak bernama Daisy dan radius pencarian diperluas sehingga tiga kilometer keliling di kawasan hutan, kebun kelapa sawit serta dusun durian, sebelum kanak-kanak itu ditemukan selamat.
Misteri budak 2 tahun hilang 23 jam terungkai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.
- Nama dalam senarai Pandora akan disiasat?
- Akibat Takut kena dakwa, Muhyiddin pesan jangan salah guna kuasa kepada Anwar.
- “Saya tiada papan cai” – Arman Azha
- Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?