Kematian pelajar UUM berpunca akibat terkena renjatan elektrik

Kematian pelajar UUM berpunca akibat terkena renjatan elektrik

Kematian pelajar UUM berpunca akibat terkena renjatan elektrik

ALOR SETAR: Polis mengesahkan kematian seorang pelajar di asrama penginapan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok pada Mei tahun lalu, adalah berpunca akibat terkena renjatan elektrik (electrocution).

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian pelajar berkenaan di asrama penginapan universiti itu pada pada 21 Mei 2022.



Susulan daripada laporan itu, beliau berkata, pihaknya melakukan siasatan menyeluruh dengan kes kemudian diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian terhadap pelajar terbabit.

“Laporan Histopatologi Forensik terhadap tisu jantung pelajar berkenaan menunjukkan bahawa si mati ada mengidap penyakit ‘Myocardial Fibrosis’.

“Kehadiran penyakit ini meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami gangguan ritma jantung yang boleh mendatangkan maut ditambah dengan suatu renjatan elektrik yang bervoltan rendah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Wan Hassan berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku dan kes kemudian dirujuk kepada pihak koroner bagi keputusan lanjut.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman dan kredibiliti mana-mana pihak termasuk siasatan yang dijalankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Orang ramai juga disarankan untuk memberi kerjasama serta membantu pihak polis dalam usaha membanteras jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat melalui talian MERS 999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Media pada tahun lalu melaporkan kematian pelajar perempuan berusia 21 tahun di UUM Sintok yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis menunggu laporan bedah siasat terhadap mayat pelajar berkenaan.



Unit Komunikasi Korporat UUM dalam kenyataan ketika itu berkata, pelajar terbabit, R Vinosiny adalah pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dan pihak universiti turut menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian pelajar terbabit.

UUM tidak sorok fakta kematian penuntut

Kematian pelajar UUM berpunca akibat terkena renjatan elektrik

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading